Monday, December 9, 2013

Welcoming November

Oktober yang Berlalu

Ada 3 perkara besar berlaku pada bulan ini. Yang pertamanya, saya akhirnya berjaya menjejak kaki ke Bintulu! Ahah. Selepas begitu lama, Barulah ditakdirkan untuk ke sana. Biar pun sekadar 3 hari 2 malam saja.

It was a very brief and short vacay. In other words, short escape. But still sweet and tranquil. Bintulu tidaklah ada apa-apa sangat. Tetapi keluar daripada kawasan bandar seperti PJ dan Shah Alam itu adalah satu sweet escape untuk saya.

Berehat otak. Daripada yang tidak-tidak.

Kedua, berpindah ke rumah baru. Tak. Bukan saya. Tapi Nenek kesayangan.

Senyum.

Ketiga dan terakhir, berkenalan dengan rawatan tulang belakang; Chiropractic.


One day after A Year. Our Anny

Itu. Pada 8 Disember 2012. Sama seperti cerita lalu, segala tentang hati dan perasaan terbongkar bila bibit-bibit salah faham dan kecil hati mulai memasuki fasa cerita. (baca: plot drama bermula)

Ya. Pada 8 Disember tahun sudah, penuh dramatik. Kalau dalam drama, itu sudah masuk fasa klimaks dalam cerita cinta.

Dengan line telefon yang tak bagus dek hujan lebat yang mencurah-curah, hati yang patah dan perbincangan yang terputus kerana tiada line.

Dengan satu panggilan telefon. Yang tak jelas dan terputus-putus. Dalam keadaan mamai. Segalanya bermula.

Rasa macam drama sangat. Haha.

Setahun yang sangat mencabar. For both of us. I dont know where this might head to, but I'll pray the best for both of us.

Semoga akhirnya seperti yang saya harapkan. Inshaa Allah.

ps: Seperti biasa dia tak ingat bab-bab tarikh ni. lol. I have to remind him about this today.