Bulan Ogos. sinonim dengan hal-hal berkaitan sejarah dan kemerdekaan Malaysia. Cuma bagi saya, anak pasca merdeka, setiap kali 31hb menjengah, jiwa untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh semangat patriotisme itu hampir tidak pernah wujud. Namun yang pasti, saya sentiasa bersyukur kerana keamanan itu masih lagi bernafas di bumi Malaysia.
Alhamdulillah.
Semalam 30hb Ogos 2013 secara rasminya saya telah menamatkan perkhidmatan sebagai salah seorang nadi di tempat saya bekerja.
Kalau tak silap, lebih kurang 2 tahun 11 bulan lah saya telah berkhidmat. Amazing jugak! Siapa sangka saya mampu bertahan hampir 3 tahun dalam industri yang lari jauh daripada bidang yang saya belajar dulu.
Mujur dah register sebagai Graduate Engineer. Kalau tak, haru jugak.
Meniti hari-hari terakhir di sana, saya kira hormon serotonin telah merembes dengan penuh jayanya. Ibarat 31 Ogos 2013, tanda pembebasan saya daripada jawatan sebagai Jurutera.
Kebetulan sama. HIHI.
Sejujurnya, bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Untuk melepas segala yang kita pernah ada dan kembali bermula sebagai pelajar memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
Sepanjang 3 tahun ini, saya kehilangan satu perkara yang paling penting; FOKUS. Itu yang akan saya cari semula nanti.
Terlalu banyak perkara datang pada satu-satu masa. Dan kesemuanya terletak pada prioriti teratas mengajar saya untuk membuat keputusan yang cepat, tepat. Tapi itu memang meletihkan.
Hujung-hujungnya, gambling is what I did when things got out of hands.
Selain daripada mencapai cita-cita, saya ingin buat apa yang saya benar-benar suka. Saya sedar kini, passion is what driving you towards the end of the journey.
Dan sambung master dalam bidang penyelidikan bukanlah semudah yang disangka. Cabarannya berbeza tapi tetap saja memerlukan saya untuk kuat seperti mana sepanjang zaman pekerjaan saya sebelum ini.
Semoga Allah permudahkan perjalanan baru saya. Dan semoga Dia kuatkan saya agar cita-cita ini tercapai dengan kejayaan yang penuh keberkatan. Amin.
Biiznillah.