in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
As salam & Salam sejahtera,
1. Tentang kualiti Entri
Sudah agak lama menyepi daripada dunia blog dan alam maya. Agak sibuk dengan urusan kehidupan dan mengisi minda dengan bahan bacaan penting. Yeah, it has been a while. Sebetulnya saya tertanya sendiri, untuk apakah saya mewujudkan blog ini pada awalnya. Untuk sekadar bercerita kisah harian yang akan berjela seperti entri diari bosan tanpa impak bermakna untuk yang membaca? Atau menjadi blog ceramah free tanpa tauliah? Melihat deskripsi blog; series of life anecdotes. Yang bermaksud tulisan siri kehidupan yang menarik dan bermakna.
Tetapi benar-benar bermaknakah setiap entri yang ternukil? Umumnya, tulisan saya hanya sekadar luahan hati yang langsung tidak mencabar minda untuk berfikir. Tipikal entri biasa seorang manusia. Bahan bacaan ringan yang boleh di dapati di mana-mana untuk mengisi masa senggang tanpa sebarang manfaat khusus. Itu lah sebenarnya kualiti persembahan blog ini.
Saya masih memikirkan sama ada perlu dihidupkan lagi kah laman ini. Atau dimatikan sahaja kerana manfaatnya tidak seberapa bukan sahaja untuk si pembaca, tetapi jugak untuk saya yang menulisnya.
2. Bulan September dan Peristiwa di dalamnya
a) Level Kematangan Pemikiran
Pernah dengar tentang TftN? Kalau tak pernah tahu, ini nama panjangnya: Teaching for the needs. Sebuah badan NGO yang memberi pendidikan secara percuma untuk kanak-kanak daripada keluarga susah, anak-anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan sebagaimana kanak-kanak lain yang lebih bernasib baik. It is actually a non profit organization that aims to make education available at all level. Jika mahu tahu lebih lanjut, sila klik sini.
Kebetulan kawan baik saya baru sahaja mendaftarkan diri sebagai salah seorang sukarelawan.Tugas beliau adalah untuk mengedit artikel yang akan disiarkan di website organisasi berkenaan. Dan tugas beliau yang pertama ialah untuk mengedit artikel seorang bakal guru yang menceritakan pengalamannya sewaktu berada di salah satu sesi TftN.
Daripada 3 muka surat, perenggan pertama dan kedua sahaja sudah kami berdua slash out lebih separuh ayatnya. Membantu kwn saya mengedit artikel berkenaan, membuatkan kami sama-sama berfikir. di level manakah sebenarnya tahap pemikiran remaja/golongan muda Malaysia secara generalnya?
Saya tahu, tidak adil untuk saya melabel sedangkan sampel yang saya ada cumalah satu. Mungkin satu dalam sepuluh. Atau satu dalam seribu. Atau sepuluh ribu. Tapi itu lah, saya kagumi semangat beliau yang ingin berbakti. Cuma agak sayang, jika semangat ingin berbakti itu tidak diiringi dengan semangat untuk meningkatkan tahap pemikiran melalui pembacaan/pemerhatian atau aktiviti yang sewaktu dengannya.
We still have a very long way to go guys. Honestly.