Monday, September 28, 2009

saat diselimuti cintaNya

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

::Alhamdulillah::
:pompom:

:mLove:


semoga rahmat Nya kan selalu mengiringi langkah ku. di mana pun saya harus melangkah di atas bumi Nya ini.

With Love,
iNz

Wednesday, September 9, 2009

19 Ramadhan 1430H

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Berputar-putar,
namun masih lagi dalam titik yang sama.

Berlari sudah,
Berhenti dan duduk juga sudah.

Tapi hakikat masih tetap juga menyakitkan,
Biar anganan indah bertaburan di langit fikiran.

Tertanya sendiri,
Di mana kurangnya segala yang telah dilakukan.

Bila mana hati masih beku,
tetap dingin dan enggan mengalah,
tetap kukuh menggenggam.

Tuhan, bagaimanakah pengakhirannya larian ini?
bisakah tiba di garisan penamat,

ataukah terkandas di tengah jalan?



With Love,
iNz

Tuesday, September 8, 2009

Hooray!

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam~:look:

Siap menukar blog dengan layout baru. Naik berpinar mata ni sebab sejak tadi dok mengadap skrin laptop fokus tanpa berganjak.:puteh_20:

Tapi tak apa. Yang penting the critical parts sudah diedit. Yang lain bakal menyusul insya allah. Ewah-ewah, dah melanguk lama kat depan laptop ni, tiba masa untuk mengejar beberapa juz yang tertinggal....:mSad:

:mHihi:Adesss...penangan blog punya pasal la ni..

Daa~

With Love,
iNz

Tuesday, September 1, 2009

Mimpi Aneh di bulan Puasa.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam semua ^___^

masya allah. dah masuk bulan september hari ni. macam tak percaya sungguh lah. tadi tertengok kalendar di laptop ni, baru terperasan. dah nak dekat birthday sendiri. :P terasa tua lah pulak kan when i have to be a real 23 yrs old person. walaupun sememangnya tahun ini umur sudah dikira 23, tapi saya masih tetap mengira umur 22 tahun kerana masih belum tiba hari lahir. masih mengira diri muda remaja, riang ria lagi. jika berada di tempat Mak, umur begini sedang sarat membawa perut yang besar. sebab di dalamnya ada saya! :B sedang menunggu masa untuk melahirkan saja lagi.

dan saya, dalam usia 23 tahun masih lagi tidak mahu matang-matang. T___T

bulan ramadhan sudah masuk fasa maghfirah. melepasi fasa rahmah. semoga Allah tetap berikan kekuatan untuk menghabisi ramadhan kali ini diiringi redhaNya. menonton teledrama cinta sempurna di oasis bagai sudah jadi salah satu santapan penting untuk saya. bukanlah kejayaan lakonan para pelakonnya yang berjaya mengikat diri. bukan juga kerana watak utamanya adalah Ashraf Muslim :P. tapi kerana pengisian dialognya yang berisi. bukan sekadar lontaran kata, penyedap cerita seperti yang selalu dihidang oleh drama-drama lain. dan kerana kelainannya ini, terkadang, saya tidak teruja pun untuk melihat, tetapi lebih kepada mendengar. cuba untuk mengerti dialog-dialog yang menari di bibir para pelakonnya sedang mata kadang kala sibuk membuat kerja lain.

cuma 1 yang saya sedikit kesalkan. siaran untuk drama nur kasih masih tetapnya seperti biasa. T____T dalam kemahuan yang tinggi untuk menonton drama yang sudah lah bersiaran cuma sekali dalam seminggu, saya gagahkan juga melangkah ke surau setelah merasionalkan akal dan hati. memprioritas apa yang sepatutnya. memujuk keterujaan hati yang beria mahu menonton nur kasih setelah 6 hari menanti dengan 1 keyakinan. tontonan itu pasti tidak akan terasa puas di hati jika tarawikh bersendirian di rumah.

oh, ye. semalam baru berpeluang melihat gambar-gambar sempena convo hari tu. trimas to cik ezyan. mungkin patut mengurangkan kadar tidur mulai sekarang. kerana buruk benar rupa bila sudah jadi tembam seperti kuih pau. T____T dan bila ternampak saja iklan bio-essence face-up lifting di tv, sudah mula berkira-kira untuk membeli jika tahap ketebalan pipi dan dagu masih tidak berkurang menjelang pertengahan ramadhan ni. hoho... :B

hai, rindu pulak pada Syuk dan Timah. Awat lah saya selalu dapat teman yang jauh-jauh. Beberapa hari lepas, saya bermimpi pelik. sehari sebelum itu, mata kanan saya sudah tergerak-gerak. jangan percaya ek, tapi selalunya untuk saya itu adalah petanda yang saya akan bertemu seseorang yang sudah lama tak ditemui. memanglah bukan setiap kali mata berkelip2 akan bertemu orang. cuma entah. bila hati tergerak sendiri, bertanya. maka mungkin kerdipan mata saat itu membawa maksud.

memang sungguh tak sangka. saya akan bertemu dengan seseorang yang sudah lama benar tidak saya temui. beliau mengusulkan supaya saya menyambung master saja di UTP. supaya mudah untuk mengatur semula apa yang sudah saya tinggalkan hampir setahun lalu. jauh dari dalam hati, saya tahu itu yang terbaik, cumanya kesediaan diri masih diragui. takut-takut ter'flop' secara tiba-tiba seperti dulu bila diuji. payah juga nak mendapatkan semula apa yang hilang dari diri.

dan malam itu, saya bermimpi bertemu mereka-mereka yang sudah mulai luput dari hati dan ingatan saya. cuma yang mengejutkan ialah bila saja saya bersalaman dengan salah seorang daripada mereka, terasa benar panasnya tangan itu. seolah-olah memang benar-benar bersalaman. dan saya terjaga sejurus selepas itu dalam keadaan sangat terkejut. dalam rasa yang masih penuh terkejut itu, saya melihat jam. jam 3.30 pagi. dalam kebingungan, saya sambung kembali tidur walaupun mata terus segar selepas terjaga.

aneh sekali mimpi pada malam ke-9 ramadhan kali ini. tidak pernah saya bermimpi hingga terjaga dengan penuh rasa terkejut di bulan-bulan ramadhan sebelumnya. mimpi untuk mengejutkan bangun Qiam kah? awal benar tu bagi saya walau telah lama tahu di waktu2 begitulah doa begitu mustajab. apatah lagi di bulan ramadhan. :B

saya tahu kalau mimpi itu ada bermacam jenis. ada yang mungkin benar-benar petunjuk dari Allah. ada yang terjadi kerana hasil daripada apa yang berlaku pada siang hari. ada mimpi disebabkan oleh apa yang dirasakan sangat mendalam oleh hati dan perasaan yang mungkin terbenam di minda separa sedar, tetapi tidak disedari oleh minda sedar.

entahlah. kerana ilmu yang masih sangat kurang..saya lebih senang membiarkan saja ia. Nanti-nanti akan ditanyakan pada yang lebih arif.

atau mungkin ada sesiapa yang tahu mentafsir mimpi di sini??


With Love,
iNz