Friday, February 27, 2009

Mini Cerpen

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Titik-titik hujan membasahi cermin tingkap di sebelahku. Remang senja masih kelihatan di sebalik rintik hujan yang agak rancak turun.

Aku termenung jauh. Menembusi segala yang ada di hadapanku. Jauh, ke hadapan. Kepada sesuatu yang tak pasti.

Segalanya kosong.

Entah sampai bila akan aku biarkan diri terus lemas dalam bayangan & kenangan semalam. Bukan tidak mahu bangkit, tapi acapkali aku akan terus kalah dengan emosi sendiri.

Sendirian di dalam koch ini bagaikan memberi izin untuk aku terus mengenang yang silam-silam. Yang manis..hinggalah pada yang pahit dan hitam.

Dan serentak itu, air mata ini menjadi murah sekali. Sejarah itu sudah terlakar. Biar betapa ingin sekali ku gubah kembali. Namun apalah guna menangisi sesuatu yang telah berlalu.

Segala ungkap janji itu musnah kala diri gagal mengawal yang tidak-tidak.

Dan aku mengerti andai segunung benci itu larut di dalam hatinya. Bukan salah dia sendiri. Dan lebihnya aku tahu itu milikku. Lemah sekeping hati itu berjaya menghancurkan bahagia sendiri.

Walau tetap ada tersimpan jauh di sudut hati, tidak aku harapkan untuk dia kembali. Cukup sekadar kata kemaafan darinya untuk segalanya.

Untuk berdendam itu bukan caraku biar luka di hati ini masih terasa sakitnya. Biarlah, jika itu bisa buat dia bahagia. Untuk sekali ini.....biarkan cinta ini dapat memberikan sesuatu yang baik untuknya walaupun jauh.

Kau tahu maksudku Tuhan. perkenankanlah, ya Rabb....



Sunday, February 22, 2009

Maka nikmat Tuhanmu yg manakah engkau dustakan?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam

Baru sampai dari rumah. Sudah 2 kali balik bln ni. Bezanya, last week balik ke rumah hari khamis, sampai di UTP Jumaat petang. Sekejap pun dah cukup untuk hilangkan tekanan dan kurangkan rasa rindu pada family. At least, it's been reduced.

Semasa dinner bersama Mak dan Abah, they shared some stories among us. Stories with moral values, that deep down kicked me in the head to be more rational and face the reality in front. At least, to take one step ahead, to learn to move on and never look back. seriously.

Kisah 1- Bila Jahil Tentang Agama.

Terdapat seorang pekerja am rendah di tempat Abah yg menjalani satu sesi yg lebih kurang seperti kaunseling krn beliau terlibat dgn satu kes. Sy tak pasti kes apa, but its pretty heavy. Jadi, untuk satu sesi ni, Abah diminta utk tolong tgk2kn bacaan ayat-ayat lazim beliau disebabkan kaunselor tersebut seorang perempuan. So it's more appropriate. Untuk membaca Al-Fatihah saja, sudah cukup berat baginya. Dan apabila diminta membacakan surah 3 Qul, dia membaca dgn agak laju. Tapi byk salahnya. Dan terdapat sesetengah ayat yang lari dan silap. Kata Abah, dia rupanya tidak kenal huruf pun. Kerana penunjuk ditunjuk di tempat lain. ayat yg dibaca pula lain. Jadi untuk menutup kekurangan, dia membacanya dgn laju.

Kata Abah lagi, "kesian dgn budak tu. mungkin sbb susah jadi keluarga kurang titik beratkan pendidikan agama. Nak mengaji pun tak tahu. Apa yg dapat di sekolah tu lah aje agaknya. Bersyukur lah kita ni tahu nak mengaji. tahu huruf. Hargai nikmat yg Allah bg. Bacalah Quran selalu. Jangan tinggal."

Sudahnya, Abah nasihatkan dia supaya rajin2 ke surau solat berjemaah. Selain dapat belajar bersolat, mungkin juga dapat membantu membaiki bacaannya.

Nikmat dapat belajar mengaji, mungkin nampak kecil. Kadang-kala, tak pernah pun kita hargai. Selalunya, baca bila terasa banyak masa terluang, seperti membaca buku. Dan jarang untuk kita hayati maksud disebalik setiap ayat yg telah kita baca kan? Saya bagaikan tersedar sendiri. nikmat yg nampak kecil pada mata kita itu sudah sangat besar rupanyabagi orang lain yg tidak pernah memilikinya.


Kisah 2: Trauma.

Baru-baru ni, Mak baru lepas menghadiri satu kelas kaunseling di pejabatnya. Kelas ini disediakan untuk prs-prs di office Mak. Pada sesi kali ni, Kaunselor minta mereka semua melukiskan 8 objek di bawah dalam satu kertas A4 dan warnakannya.
  1. Rumah
  2. Gunung
  3. Matahari
  4. Sungai
  5. Pokok
  6. Sampan
  7. Ular
  8. Batu
Jadi Saya, Adik & Abah pun dipaksa oleh Mak untuk buat lukisan ini jugak. Siap semua lukisan, Mak pun menerangkan significant setiap objek yang dilukis, dan maksud jenis warna yg kita gunakan dalam lukisan.

Hampir semua objek yg saya lukis, semuanya memberikan maksud yg baik dan memuaskan. Kecuali satu benda. Rumah & batu. Untuk rumah, saya telah gunakan warna hitam untuk melukis kerangka rumah. dan batu juga diwarnakan dengan hitam.

Significant rumah, ialah kehidupan kita. Jika besar & mewah rumah yg kita lukis maka, seperti itulah kehidupan yg kita inginkan. Batu pula membawa maksud halangan-halangan yg mungkin terdapat dlm kehidupan kita. Semakin besar saiz batu, semakin besar juga halangan tersebut.

Jd, rumah yg sy lukis ini, cuma sebuah rumah kampung. Rumah papan yang ada tangga di depannya. Kata Mak, saya inginkan kehidupan sederhana. Tapi penggunaan warna hitam sebagai kerangka rumah menunjukkan yg saya mempunyai satu masalah/trauma sekarang.

Dan sepanjang hari ini, saya terdiam dan berfikir. Sampai bila harus dibiarkan perasaan trauma itu terus menghantui? Sampai bila ingin disimpan rasa tidak mahu memaafkan itu? Sampai bila ingin disimpan sakit dalam hati, hingga memakan jiwa?

Sampai bila juga ingin mengharapkan seulas kata berbunyi maaf? kerana..hakikatnya dia tak merasa bertanggungjawab untuk apa yang terjadi pun..

Jauh dari sudut hati, saya berharap Tuhan akan berikannya satu kefahaman tentang apa yang saya rasa selepas semua berlaku.

Hidup ini terlalu singkat. Dan terlalu indah untuk dibazirkan dengan membiarkan diri terus dihantui kisah yang dah berlalu. Maybe I was in denial for a long time before this.

Masih banyak lagi nikmat dari Dia untuk saya syukuri yg Dia berikan utk menguatkan hati & jiwa agar terus melangkah. Walaupun terpaksa bertatih.

Dan saya takkan terus mengejar & mengingatkan dia pada apa yg telah terjadi. Cukuplah. Because a real man is someone who will be responsible for everything he did from the beginning till the very end. Even if he doesn't, he still know how treat someone well enough with manners because all these while, it was me who suffered the most. And in the end, it's still me.

Dah penat untuk terus membiarkan diri terus dihantui dengan sesuatu yg tak ingin diingati.



p/s: and yet, satu jari menunjuk ke arah org lain, 4 jari menuju ke arah diri sendiri. sampai bila ingin menyandarkan kesalahan pada orang lain, sedangkan diri sendiri juga bersalah. kan?

Noted.

With Love,
iNz

Thursday, February 19, 2009

Hati & Cinta bukan isinya.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Tadi masa nak menaip, macam banyak idea dalam fikiran. Tapi bila taip saja tajuk post kali ini, terasa beku pula. Idea tak mengalir.

Takpe lah. Mungkin Allah tak izinkan saya untuk menulis tentangnya secara terbuka kot.
Mungkin akan ada yg hatinya tersakit pula nanti.
Seriously, memang tak terluah sekarang.



With Love,
iNz

Friday, February 13, 2009

Backstabbing

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

macam mana rasanya apabila di'backstabbed' oleh orang yg satu masa dulu kita plg percaya? lebih dari percayakan keluarga sendiri?

Allah tak akan izinkan sesuatu berlaku jika tiada kebaikan untuk hambaNya sekalipun memang nampak macam tak ada langsung kebaikan. Sebab percaya bahwa setiap sesuatu yg Allah jadikan itu ada pengajaran disebaliknya, maka sampai hari ini..saat ini, bersangka baik itu sedaya diterapkan dalam jiwa.

Tapi mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan, siapa tahu hari ni terbongkar satu kisah yg plg menyakitkan hati. Terima kasih kerana setia di sisi teman.

Pada yg berkenaan, terima kasih kerana rahsia yg anda ingin simpan kononnya..
for the sake of the friendship

itu membuatkan orang lain lebih tertanya-tanya. Dan jujur, segala kata-kata & kelakuan yg menyakitkan itu memang berjaya buat tuan punya badan menderita buat seketika. So, congrats!

Tapi langit tak selalunya cerah kawan. Dan mendung tak selamanya menemani..


With Love,
iNz

Friday, February 6, 2009

Politics, anyone?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Erm, politik di Perak semakin meruncing. Honestly, saya bukanlah orang nya yg setiap kali jam 8 akan berada di depan kaca tv. biar di saluran mana sekali pun. Because im not a fan of politics. Namun baru-baru ini, disebabkan wajib tahu tentang isu semasa, maka sy paksakan diri duduk di depan tv seawal jam 8 selama 1 jam.

Tak tengok berita, memang terasa seperti katak di bawah tempurung. Tapi apabila berada di depan tv, sy terasa seperti dibodoh-bodohkan lah bila isu semasa dlm negeri disiarkan.

Im not a fan of PaKaR or AmNoe, tapi saya berharap yg negeri Perak ini tidak akan jatuh ke tangan mereka-mereka yg tidak punya hak untuk memerintah. Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat.

Demokrasi itu hanya mainan kamu-kamu saja. Selain membeli, mengugut itu salah satu kepakaran kamu juga kan? Nice plan.

Tapi jangan lupa, doa itu masih tetap senjata ampuh bagi muslim. You might have the greatest plan in your mind. But we have Him to be on our side.

Haih, politik ini semakin kotor kerana org-org di dalamnya.

dan jangan lupa Akhirat itu tetap ada untuk kita.

With Love,
iNz

Wednesday, February 4, 2009

first post in 2009

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

It's been a long time since the last post.

Masuk tahun 2009,

With Love,
iNz

Yang namanya kehidupan

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

It's been a long time since the last post.

Masuk tahun 2009, macam-macam perkara yg berlaku masa 2008. Perkara yg manis, yg pahit dan yg tak disangka-sangka. Cukup utk menjadi rencah kehidupan.

Selama 23 tahun meniti hidup di dunia ni, pelbagai ragam manusia yg ditemui. Ada yg molek. Yg sukar difahami. Yg kompleks. Yg pelik. Yg jujur. Yg memanipulasi.

Tak kisahlah berapa lama teman sejak kecil tak ditemui, tapi bila berjumpa, terasa chemistry tu masih ada. Walaupun kita mungkin sudah berbeza. fizikal dan falsafah tentang hidup. Tak kira betapa berbeza kita kini kerana corak kehidupan, tapi teman, sahabat suka duka di masa kecil tetap terasa dekat di hati. Saat bertemu saja, perasaan mesra tu terus wujud tanpa perlu dipupuk semula.

Ajaib kan bagaimana persahabatan di zaman kecil bisa buatkan hati masih rasa terikat berbanding persahabatan yg dipupuk kala usia menginjak dewasa. Segala rasa boleh diluah tanpa rasa takut pada judgment yg bakal diterima. Kerana kita tahu, mereka..tetap menerima kita apa adanya.

Kata org, jauh di mata, namun tidak di hati.

Namun syg sekali, bila dlm sesuatu perhubungan itu saat jauh saja dari pandangan, maka jauh juga dari hati. Apatah lagi dalam untaian doa, tidak terwujud ingatan untuk turut mendoakan bahagia bila sudah jauh. Pelik kan? Ada sesetengah orang kita terasa dekat walaupun sudah bertahun tidak berjumpa. Ada pula orang yg dekat di sisi, namun terasa ingin menjauh sejauh-jauhnya selepas hilang manisnya persahabatan.

Hidup ini, tak segalanya akan berlaku mengikut perancangan kita. Walau se'perfect' mana plan yg sudah disusun. Kerana kita juga ada takdir yg telah ditetapkan oleh Dia. Dia juga punya perancangan buat kita. Dan sesetengah perkara pula terjadi atas silapnya perkiraan kita sebagai manusia. Bila mana kita lupa hakikat sebenar kehidupan kita di atas bumi milikNYA.

Lazimnya manusia ini, bila saja sudah tersedar dari silap sendiri.. Tak akan pernah bisa mampu untuk menerima salahnya. kan? Sedaya berlari dari bayang-bayang sendiri. Sejarah yg tak mampu diubah. Tanpa sedar juga akan menyalahkan yg lain, sedang hakikatnya beban salah itu dipikul bersama.

Indah, andainya hidup boleh memilih sejarah mana ingin dipadam dan sejarah mana yg ingin disimpan buat kenang-kenangan. Tapi hidup bukan untuk mengenang yg silam. Bukan juga untuk meratap yg segala yg salah itu.

Maka jika 1430 tahun dahulu Rasulullah tidak dapat menerima hakikat kehilangan insan2 tersayang dlm hidup Baginda, akan sampaikah nur Islam itu untuk sama-sama kita nikmati sekarang?

Tidak bukan?

Jadi hidup lalu bukan untuk terus ditangisi atau dikenang hingga jiwa dan hati mati perlahan-lahan. Bukan juga harus lari darinya agar bisa dilupa segala yg tidak-tidak. Tapi dijadikan sempadan dalam diri. Ingatan buat jiwa. Agar pelajaran hidup ini digunakan untuk kejayaan di masa depan.

Memang berkata lebih mudah dari melakukan. Kerana itu kita dihadiahkan dengan nikmat Iman yg bisa memberi kekuatan pada hati untuk bergerak sekali pun kaki tiada daya untuk melangkah kerana perasaan takut pada kegagalan kehidupan lalu.

Tak mengapa gagal di atas ujian ini. Gagal sekali bukan bermakna selamanya kan? Pasu yang cantik juga harus melalui pelbagai peringkat yg sukar sebelum bisa dijadikan perhiasan yang mempesonakan hati melihatnya.

Bersyukurlah kerana kita masih ada Dia, yg sudi mendengar segala rintihan biar salah itu lebih byk dari ketaatan padaNya.

Yang penting, jangan jadikan insan lain sebagai galang ganti untuk melupakan yg pahit-pahit.
Jangan jadi seorang yg pentingkan diri sendiri & jangan menipu hati sendiri.


Be fair to others. and be honest to your ownself.


With Love,
iNz