Wednesday, October 8, 2008

Salam Aidilfitri

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Sekarang, tgh azan maghrib (di laptop.).

Otak pula tengah berserabut.

*Sangat serabut*

Sekarang baru saya faham kenapa rambut Einstein jadi begitu. Bila masa hampir pupus tapi bebanan kerja bertambah, sesiapa pun boleh memiliki rambut gaya Eistein. Eh, tapi ni bukan satu kutukan atau perli. Satu kebenaran yang pasti.

*Mengeluh*

Allah tak suka oang yang mengeluh, tapi saya memang tak mampu tahan diri dari mengeluh sekarang. Alahai...

Sepanjang seminggu di rumah, sekali pun tak pernah saya sentuh laptop ni. Kalau dulu-dulu, pantang aje jam berdenting 10 kali (di waktu malam), terpacul sudah di depan laptop. Biarpun sambungan internet bagai kura-kura makan angin (baca: terlalu lambat.), tapi hati tetap sabar. Memang sudah lama berhajat ingin bertukar ke Streamyxx, tapi... nanti-nantilah. Ada byk kerja yang perlu guna duit sekarang. Dan kalau pun tidak bermain internet, menjadi 'gamer' separuh masa pun sudah cukup untuk memanaskan laptop ini.

Sekarang?

Terima kasih ajelah. Hidup di rumah tanpa teknologi bagai satu percutian yang paling seronok! Sudah muak mungkin kerana terlalu lama menghadap skrin demi kerja yang tak pernah habis. (Tapi main blog masih ada masa?)

Entri kali ini sepatutnya tentang Aidilfitri. Tapi bertukar jadi luahan perasaan pulak dah! Aih...

Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat teman-teman. Segala kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan. Segala kata-kata yang mengguris perasaan tanpa sedar. Mulut kadang-kala rancak berkata hingga terlupa pada hati yang terluka. (Emo pula.)

Sejujurnya, Raya tahun ini yang paling meriah, walaupun paling singkat dalam sejarah hidup saya. 3 hari. Cukup. Saya betul-betul menghabiskan dan menghargai masa yang ada bersama Mak, Abah, adik-adik, Nenek dan saudara-mara terdekat.

Cuti selebihnya?
Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tak mengapalah. Asal hati gembira dan bahagia.

Tuhan,
Tetapkan hati-hati kami agar teguh menunaikan segalanya sesempurna mungkin.

Nak solat. Mencari damai di hati bersama Dia yang selalu di sisi.

With Love,
iNz