Wednesday, May 28, 2008

iktibar

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam alaik~

erm, terpaku sebentar mendengar cerita dari Su sebentar tadi. ibarat cerita dalam novel, dan drama-drama, siapa tahu ia berlaku dlm hidup sendiri... tak tau lah saya mampu atau tidak untuk menghadapi dugaan seberat itu.

kata Su, minggu ni dia bercadang nak blk ke rumah. dah nak hampir sebuln tak balik. sape yg tak rindu rumah dan isinye kan? tiba-tiba, Su dapat call dari family dia. mengkabarkan tentang sepupu ibunya yang akan berkahwin weekend ni.

nak tahu apa yg berlaku?

bakal suami sepupu ibunya kemalangan semalam. dan diSAHkan koma. Allahu akbar! kenduri lagi beberapa hari saje nak berlangsung. tapi bakal pengantin lelaki kini terlantar di hospital tidak sedarkan diri.....

sesungguhnya ajal maut itu di tangan Tuhan. tiada siapa tahu apa yang menanti di hadapan. even with a blink of the eyes, you never know what the future holds for you.

bayangkan pula kalau mati di kala hati tengah lalai....nauzhubillah...

agak-agak rasa bila nak buat suatu perkara tu, fikirla masak-masak. mati tu ibarat bayang-bayang, sangat hampir dengan kita. jangan sampai suatu masa, tempat dan bersama siapa kita di kala ajal menjemput itu mengaibkan kita sudah lah.


enjoy-enjoy juga intern ni. tapi

Sunday, May 25, 2008

mencelah sebentar

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam alaik~

lame dah tak mengepost. bz sebentar. (in other words, tak ade ape nak di update kan pun..) ehem, two weeks more to go for final presentation and i still here, playing around. sepatut sekarang ni tgh marathon buat report tapi tak dapat nak tahan godaan internet nih. adeih.

sejak 2 menjak nih, saya dapat rasakan yg saya dah tinggalkan satu habit saya. being an observer. dulu-dulu, sebelum saya kenal dgn surrounding, saya akan observe dulu everything. being familiar with e'thing, pastu baru saya akan jadi dr sendiri. kalau tidak, jgn haraplah. saya akan kelihatan seperti si pendiam yg sangat berat mulut, kaku, tak beremosi dan tak peduli sekeliling. (which is so totally opposite the real me!)

mungkin saya fikir, saya kena berubah sedikit. tapi lately, i just miss the old me. hurm, sebab? bila dah tak jadi observer, saya selalu terlupa untuk melihat2 perasaan orang lain. walaupun sekurang-kurangnya dapat melepaskan apa yang tidak puas hati, tapi saya tak suka merasa puas hati dengan meninggalkan kesan di hati orang lain pula.

susah kan? bila menjadi pemendam. segala rasa akan terpendam. sampai sakit diri dibuatnya. bila dah boleh luahkan, tak terkawal pulak jadinya. bak kata orang, kerana mulut badan binasa.

sekarang saya tak mahu terlalu mengkritik orang dah. ape-ape pun semua orang punya kelemahan dan kelebihan masing2. cuma kalau saya rasa macam dah terlampau, mungkin mulut ini akan bersuara jugak. tidak di belakang. it's time to say it out loud. untuk kebaikan semua. dia, saya dan kami semua. insya Allah.

btw, can't wait untuk bw orang jln2 keliling kerteh (macamlah ade yg menarik kt sini pun =p). kalau ada rezeki. tak mahu counting days. nanti tak jadi kenyataan, saya pulak yg hampa. huhu..

take care semua~

all the best untuk final presentation. God bless.~




Monday, May 19, 2008

Temuramah Eksklusif bersama Isteri as-Syahid Dr Aziz Rantisi

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti adapendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu? terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan? maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

(gambar kanan) Puan Rasa (Ummu Muhammad)


Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa?yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu? dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. ? Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu?. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, ? Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu?.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau ?Berjuang..Berjihad..? ;ebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid ?Penyuluh ke jalan Allah? samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu ?fadlun? pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio ?Suara Aqsa? pada waktu itu berkumandang azan Isya? kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu? dan mendirikan solat Isya?. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. ?dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..?


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu?dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya?beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya?


Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya?bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : ?Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu? (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu? dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ? Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ? kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..?Tuhanku masukkan aku ke syurga?inilah kemuncak impianku..?


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
? Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

? Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ? (al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: ?Pulanglah kepada panduan asal kamu?kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu?kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.






Note: Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) ? Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)


p/s: mampukah diri untuk menjadi setabah isteri solehah seperti beliau?...

Saturday, May 17, 2008

Fatwa Halalkan Darah Warga Arab Palestin?!

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik.

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

More...



Thinking of You


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Thinking of You

The hazy moon
slips behind a curtain of clouds.
I watch as the stars come out,
Like eyes over me they hover,

While I know you're far away.

How I long to be there -
Somewhere.
Like stars over you
I'll stay.

A breeze passes by
As I close my eyes.

I pray to God


For you -

To always be safe, warm and calm in His love.
Amen


.

Friday, May 16, 2008

ape ye?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik~

la eh, layout bunge kat sebelah kiri ni hilang la pulak dah. aih~ malas nak edit-edit blog buat masa sekarang ni. nak post entri je. huhu.. biarlah blog ni nampak macam separuh siap buat sementara waktu. .

pagi-pagi lagi dah terjaga, tapi disebabkan cuaca yang mendung, bermalas-malasan jadi matlamat utama pagi ini. teruk betul. tapi ape nak buat, this is wekend anyway =p

semalam saya di buzz oleh dua orang tersayang. oh, don't get me wrong. seorang roommate saya di UTP; now having her internship in Bintulu while the other one is my old-long-lost-friend. bukan jauh pun dia berada, kat johor je pun. tapi entah kenapa we lost contact suddenly after finishing high school.

dulu-dulu, mase di sekolah, saya selalu menyakat kawan saya ni. so bubbly, so funny yet sangat manje. sometimes i treated her like my lil sister. (dah la kecik je kn in size. =p).
apa ye kami bercerita malam td? banyak jugak.
mostly updating her life story. =)

kalau nak diikutkan, one nite won't be enough for us to talk about each other. berbual dengan dia buatkan saya teringatkan kenangan-kenangan lame di sekolah. sangat berwarna-warni. boleh tahan nakal jugak! gosip pun boleh tahan banyak nye jugak di kala tu.

katanya, dia masih tak boleh lupakan si dia. walau pun dah ada dia yang lain. segalanya terjadi atas salah-faham. off disangka break. sudahnya sekarang dua-dua merana jugak. sebab si dia juga dah ada orang lain. susah bila komunikasi between two people is not synchronize. kata orang dan melalui pembacaan, lelaki lebih suka straight to the point.
no hint-hint. mereka tak faham. (tapi mungkin juga buat-buat tak faham kan? ^,^)
dan
perempuan suka berlapik-lapik bila bercakap. kenapa? mungkin sebab nak jaga hati.
or most probably saving the ego. heh. (perempuan pun boleh tahan ego jugak sebenarnye.)

dulu-dulu, saya juga pernah mengalami masalah yang sama.cakap macam ni, si dia faham macam tu. bila saya buat begini, reaksi dia begitu. not as i expected. dan saya pun akan rasa down. kemudian akan berfikir yang bukan-bukan.

"kitorang ni tak sesuai ke?"
"mungkin saya yang tak sesuai dgn dia kot?"
"mungkin saya tak cukup bagus untuk dia."


jadi, suatu hari saya teringin sangat nak baca satu buku ni. Men Are From Mars & Women Are From Venus oleh John Gray. saya dah tahu tentang buku tu lama sewaktu saya di form five lagi. tapi tak pernah terfikir saya akan MEMBACAnya. walaupun di masa itu most of the people who read the book said it was a good book. two thumbs up lah kata orang putih, tapi saya lebih suka menumpukan perhatian pada novel-novel. tak kisah lah kalau orang kata ketinggalan zaman, asalkan buku tu ada dalam simpanan saya tetap akan mencarinya.

dan akhirnya, saya jumpa jugak di Popular, JJ, Ipoh. nak tergelak pon ade jugak sebab sebelum ni mencari di MPH, Mid Valley, dan Borders, D Curve buku tu tak ada.
(konon je cari di bookstore yang besar amat sampai sakit kaki jalan.)
at last jumpa di Popular yang tak besar mane pon!

So the first few pages, saya tersenyum bila membacanya. sehingga ke pages yang seterusnya, saya ketawa sendirian hinggakan roommate saya pandang pelik. yelah, baca buku motivation. tapi ketawa macam baca komik pulak. ape kena la dengan roommate dia ni agaknya.

daripada down, terus jadi okey lepas baca buku tu. bukan apa, sebab terlalu banyak ketawa agaknye. so, lepas saya baca buku tu, barulah saya faham, kenapa bila saya kata begini, dia buat begitu. ;)

key-word: understanding.never expect too much. but giving the best u can.

lagi satu, being honest is always the best policy. jangan simpan apa-apa dalam hati. voice it out with manners. dengan siapa pun kita boleh practise semua ni. not just with certain people only.

belajar untuk memahami. bukan minta untuk difahami sentiasa. sometimes, put urself in his/her shoes.dan yang paling penting is PRAYERS. never stop praying and trying/practicing to be a good muslim. Doa supaya segalanya dipermudahkan dan diberkati hingga sampai ke saat yang dinanti tiba.

i am not the best person, but that was what i thought might help us understanding other people.

btw, currently reading "AKU TERIMA NIKAHNYA." by Ustaz Hasrizal (penulis blog Saifulislam.com). banyak info yang bermanfaat. mungkin post seterusnya saya akan cakap tentang buku tu. kan sharing is caring? =p



muka depan


kulit belakang

**************************************
ku mahu kau tahu
by Hujan

tersudut termenung jauh
mengenangkan nasib kita
kita miliki separuh
berbentuk hati cinta namanya

walau kau jauh
ku sentiasa menunggu mu
pedih ku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanji kan terus tunggu
dipisah lautan pilu
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu

jaga benar gambar ku dalam telefon bimbit mu
jangan pernah sekali kau buang
seperti cinta ini yang terbuku
akan bersemi jua

walau kau jauh
ku sentiasa menunggu mu
pedih ku imbas kembali memori
walau kau jauh
ku berjanji kan terus tunggu
dipisah lautan pilu
ku mahu kau tahu
aku kan terus menunggu

terus menunggu
kitakan bersatu
terus menunggu
ku mahu kau tahu
***********************************





Sunday, May 11, 2008

Nakbah Palestin~


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik =)

=) selamat membaca~ info ni adalah fakta tentang Palestin yang kita semua patut tahu. kalau kita boleh update siapa yang terkeluar setiap minggu dalam AF6, juga boleh menghabiskan masa di hadapan pc menonton series kegemaran secara marathon, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk ambil tahu dan peduli sedikit sebanyak tentang Palestin. Cuba bayangkan jika suatu masa seorang non-muslim tiba-tiba bertanya pada kita tentang apa yang sebenarnya terjadi di Palestin. di masa tu, barulah terkedu dan terkelu kerana tak pernah ambil peduli tentang sesuatu yang wajib seorang muslim tahu.

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)


Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.


Pencetus penubuhan negara Yahudi


Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam
gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin


British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya
yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.


Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab
pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.


Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara "Israel" pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin


Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah
pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan
janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,"Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu".


Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.


Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.


Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan
terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :


1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti
meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.


3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.


5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.


7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.


Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat
dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.


Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus
berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam


Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi,
bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia


Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik.
Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.



Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?




The best of the believers is one who is best in attitude


Jom, same-same kite menderma ke Palestin sikit~ dan oh, umat Islam kat Malaysia pun same =)


Saturday, May 10, 2008

hitam, putih & kelabu dalam cinta...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam Alaik~

while flipping through the emails i got from everyone, i came across this one email sent by Kak Zahrah (rindu sangat dengan kamu~ and those in UTP!). The title made me thinking. between the black, white & grey. Yeah, technically everyone knows the line that separates the right and wrong. but when it come to love. an overwhelmed feelings that is so hard to describe in just ONE word, it does make certain people confused in how to actually express the feeling in appropriate ways. selamat membaca~ =)

http://muhammadaimansalmi.blogspot.com

Saya hanya berkesempatan untuk mencoretkan pandangan ini selepas beberapa ketika memasuki tempoh praktikal. Tapi ceritanya bermula lebih awal lagi. Dalam awal bulan tiga. Ketika itu saya sedang membelek dan meneliti isi kandungan buku Fenomena Ayat-ayat Cinta. Ia bukan sebuah novel. Tapi autobiografi Habiburrahman El-Shirazy.

Autobiografi itu biasa sahaja, cuma saya tertarik dengan satu ulasan di muka-muka awal buku terssebut. Itu berkomentar tentang bentuk dan pola cinta setiap watak dalam masterpiecenya Kang Abik itu, ayat-ayat Cinta yang sudah dibawa ke layar perak. Cinta milik Maria, Aisyah, Nora, dan Nurul.


Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: " walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun".

Hitam, putih dan kelabu


Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya. Tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruang bicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.

Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadi mula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

Fasa khitbah

Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara 'haram' (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang 'halal" (selepas perkahwinan). Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.

Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi 'pasangan' yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.

Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.

Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

"ya Allah, selamatkan lah kami dari segala sesuatu yg bisa membawa kepada api NerakaMU."~


where do u think u are right now? dalam hitam, putih atau kelabu? herm...~

Friday, May 9, 2008

APC. to be or not to be?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik,

afternoon e'one =)

sebenarnya sy sedang berada di rumah makcik di rantau laut, menjaga sepupu-sepupuku yg terpaksa ke tuisyen while the parents went back to KL yesterday. (sian~ huhu..)

tugasan pg ini tak banyak pun. tugas rasmi sekadar menjadi tukang hantar dan tukang ambil bdk2 ni dari pusat tuisyen dan sekolah mereka. dan pg td akhirnya berpeluang la masuk ke Sek Rantau Petronas yang selama ini menjadi kebanggaan si syed. Boleh tahan. cukup besar untuk sebuah sekolah kebangsaan. and in fact nampak elit. =)

melihat dari luar kehidupan family petronas, sebenarnya slightly different from others kot. lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan rantau laut ni. semuanya di hujung jari je. mudah, senang. dan cepat. lifestyle orang kaye. huhu.

rumah cukup luas. sampai sy pun kalau boleh malas btol nak berjalan dr bilik ke dapur. equipment memasak semua lengkap. seronok kalau dapat habiskan masa mencuba resepi baru di rumah makcik ni. hehe.

bila difikir-fikirkan semula. life sebagai seorang wife GM sebenarnya sama aje dgn life isteri-isteri orang lain. yang berbeza cuma segala keperluan mudah untuk didapatkan. mintak aje. tak pun beli je di kedai hari tu jugak. takde masalah. walau pun anak ada 4 orang tapi still ada masa untuk diri sendiri. pergi swimming, aerobik and so on. nampak mudah dan senang.kan?

(cuba membayangkan diri sendiri...)

tapi sy mungkin akan berada dalam kebosanan tahap kritikal. walau pun mungkin suatu hari nanti kehidupan akn menjadi selesa, sehingga tak perlu susah payah untuk saye bekerja lagi sebagai seorang engineer (insy'Allah), tapi sy tetap perlukan sesuatu untuk membuatkan otak saya bergerak secara kritis. mungkin bukan suri rumah sepenuh masa. tapi family tetap terpenting dalam hidup.

btw, masih ada setahun lagi untuk dihabiskan dengan cemerlang sebelum menceburkan diri ke alam pekerjaan. teringat pula kata-kata En. Adam (seorang Technical Professional dari PETRONAS Group Technology Solution) semasa meeting APC semalam kepada saya dan sukma.

En. Adam,"korang bile nak abis ni? Grad bile?"

Saya, "erm..2009."

En. Adam,"Ha, ade setahun lagi. ha cepat-cepatlah abis blaja. nanti boleh serap masuk terus ke APC ni. masuk GTS. senang sikit sebab da faham. Nazrin tu korang kenal tak? dulu dia penah attach kt sini sekejap. korang penah nampak dia sekejap kot. die tu dulu intern kt sinila. skang da masuk GTS da. jd APC engineer."

Kami berdua? hehe...insya'Allah encik Adam..kalau ada rezeki...

dalam hati?

bila tahu je terlibat dengan projek APC, semua mesti akan cakap, ha~bagus la tu, nanti da grad mesti orang ambil masuk APC.

HIGH expectation. way TOO HIGH. hurm...sedang memikirkan tentang nya. APC oh! APC.

cemane ek? mungkin kena solat istikharah byk2 kali kot. tapi skang dah kena start register course. parah-parah....sigh*

Tuesday, May 6, 2008

insiden Rumbia yang sadis~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik =)


alkisah, 3 orang trainee UTP dr PGB berada dalam keadaan kemengantukan yg amat sangat sehingga mengalami kesukaran untuk membuka mata. disebabkan tak tahan dengan situasi tersebut, maka ketiga-tiga trainee ini mengambil keputusan untuk cabut awal lunch pada tengah hari td.

kira-kira 11.05 minit, "titt..titt.." (bunyi kad sementara di'swap')

dalam perjalanan. perbualan nye lebih kurang berbunyi begini la kot. (ingat2 lupe..)

A: korang, nak makan kt mane ni?

B: ntahla, tak decide lg. huhu

A:jom mkn kt kedai yg sedap~..tp, x mahal ke korang pakai coverall nih? karang kene charge lebeh~awal gle kuar nk g makan..

C: aku ngantuk la. ngantuk gle. tu la keluar awal ni, tak tahan. jalan2 jap. jom Rumbia. sedap~

A: okes~ (nyum2~ dah lame x g mkn kt Rumbia. teringat lauk-pauk die yg sedap mcm masakan rumah..)


sesampai je di kedai bernama Rumbia~ (eh, bukan2. tak tau name ape kedai tu sebab takde letak papan tanda. tapi sebab ade kt depan Rumbia Village Resort, ktorg pun menggelarkan kedai tu Rumbia~)

ruang kedai kelihatan kosong aje. tak de orang sangat. (nampak sangat lah datang awal budak trainee 3 org ni..isk2). lauk-pauk dah banyak diletakkan di tempat biasa. masing-masing bergerak pantas menuju ke tempat nasi. lapar..lapar..

oke, dah siap ambil lauk+nasi separuh, order air pun sudah, trainee 3 sekawan ni pun bergerak menuju ke sinki.

laa...takde air rupanye. terpakse bergerak ke belakang kedai, cedok air dari dalam tong besar.

Bismillah....dan sesi makan2 pun bermula. nyum2...memang sedap. berbaloi kalau datang selalu ke sini. time takde orang mcm ni lg seronok. hehe. more privacy~ =p

kemudian, seorang makcik pun datang ke meja trainee ni untuk mengira bil.

makcik: nak kira sekali ke asing2?

C: asing-asinglah.

B: yg ni asing tp ktorg sekali.

bil yg diterima: RM11.00.

erks, terkedu sebentar melihat harga makanan yg boleh kate mahal jugak la~.

B: mahal la.

A: nak pnggl makcik tu ke?

B: ha, panggil la.

si A pun melilau-lilau mencari makcik tu. malangnya si makcik sedang seronok berbual bersama makcik-makcik lain di satu sudut di tepi kedai tersebut.

A: takpelah, nanti kite tanye balik bila nak bayar.

dan si B mengangguk kan kepala tanda setuju.

di kaunter bayaran....

A: err...akak, nak tanye sikit (sambil tunjukkan bil). macam mana kira ek? harga ikan bakar tu berapa yek?

si akak cashier kelihatan agak konfius2 dan tak pasti. so, dipendekkan cerita, si akak cashier ni pun pergi ke kepada makcik tu untuk mendapatkan kepastian tentang harga makanan yang sebenar.

si makcik tukang tulis bil ni pun tibalah dengan wajah yang agak garang.

dalam hati si A: mak aih, garangnya muka makcik ni. macam marah je~ erks -_-"

makcik: ha, kenapa? mahal sangat?? xper, kire balik lah! (tanda seru ni menandakan nada makcik tu yang tinggi...bukan bermaksud nada marah. huhu..)

butir bicara si makcik tukang tulis bil...

1. nasi separuh seringgit! dua, 2 ringgit!
2. ikan cencaru bakar tu 4 ringgit stengah!
3. air 2 ringgit!
4. kuah kicap tu ambik banyak! penuh satu piring~! singgitlah! (kalau lah ada pelanggan yang ramai dalam kedai ni skang, konfem-konfem semua mata akan memandang ke arah kaunter. sekali gus, menambahkan populariti trainee 3 sekawan itu! >85 desibel kuatnya suara makcik ni....)
5. sayur seringgit!


ha..kire tgk...
berape??

si akak cashier pon mengira mengunakan kalkulator casio yg comel di atas kaunter bayaran ini.

sementara si A pula berdebar-debar menanti, sambil berdoa supaya kiraan semula tu tak lebih dari 11 ringgit~ kalau tak, abes la daku kena marah dengan makcik garang ni nanti

(T~T)"

akak cashier: err...10.50.

makcik (dengan nada yg rendah secara tiba-tiba): ha..10.50...

si A: 10.50? oke (dalam hati berbunga riang~ yeah!)


sesudah bayaran di kaunter, sambil berjalan menuju ke kereta, si A tergelak-gelak mengingati peristiwa kes makcik garang yang akhirnya berjaya dapat diskaun 0.50 sen jugak. tak kisah la 50 sen pon asalkan kurang dari 11 ringgit~ hehe..

sementara si B mengalami fobia disebabkan kegarangan makcik tersebut.

B: takyah la g makan kat kedai tu lagi. takutnye dengan makcik tu, garang gile~

dan si C pula berada dalam penyesalan kerana memakai coverall PETRONAS.

C: haish, btol la pakai coverall kena caj lebih...

kesimpulannya: Janganlah makan tgh hari di awal waktu yang terlebih la awalnyeee~~kan da kene~~~heheh.