Saturday, April 26, 2008

home sweet home

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam alaik everyone =)


just having my first day at home after almost a month being apart from the family. how i miss the scent of this home. home-sweet-home.

yesterday, while i was on the bus, i captured these pictures. one cute baby on the bus.

he has one of the sweetest smiles i ever know with dimples on both of his cheeks. and yet the half grown teeth added the cuteness in him.



another shot.


*geram2, rasa seperti ingin cium baby tuh dan cubit pipi dia yg sangat tembam.
baby mata bulat~haish.* =p


sadly, i didn't have the picture of him smiling widely showing off his small white teeth~ isk. so unfortunate eh?

i arrived in kl at around 5 o'clock in the evening. had my breakfast plus lunch on the bus with Mc D.

*isk, i should start stop buying these kind of food or i'll be losing the bet. urm..*

home sweet home~ =)

Friday, April 18, 2008

the confession

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam alaik.

this post is dedicated to the person who always let his ears listening to my stories. hours n hours. never complaining even a bit. who would escape from a birthday party just to comfort me. (sbb sy merajuk dgn die =p). who would try to open his eyes and listen to me though it seems impossible. who would do just anything to keep me safe and warm. who loves me, just the way i am.

zwani.com myspace graphic comments


And

zwani.com myspace graphic comments

Because

zwani.com myspace graphic comments

For That,


zwani.com myspace graphic comments

I Want You To Know That


zwani.com myspace graphic comments

With All My Heart




Monday, April 14, 2008

my promise to u =)

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



it's a promise. for a lifetime. insy'Allah~ (^-^)V

Sunday, April 13, 2008

a car and a cat.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam alaik =)

today, when i was reciting and "tadabbur-ing" the Kalamullah, suddenly i i came to the phrase

"dan jika Kami berikan kepadanya suatu rahmat dari Kami setelah ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata, "ini adalah hakku,....." [41:50].

talking about hak. but that was not why i come up with this entry in the first place.

looking up to the title above. 'A Car and A Cat.'

rasa seperti nak tulis dalam bm pulak. =p

erm, beberapa hari ni, darah sy selalu naik setiap kali hendak pergi ke pejabat setiap pagi. pagi-pagi, kelam-kabut hendak cepat, terpaksa mengambil masa membersihkan bulu-bulu kucing yg bertaburan di atas kereta. tak termasuk cap-cap kaki yg tidak membawa keuntungan kepada sy dan lukisan-lukisan indah hasil calaran si kucing bertuah. GERAM! yes, i AM.

sampaikan sy rasa kucing yg comel itu dah tak comel langsung dan rasa seperti hendak picit-picit dan cubit-cubit sebab terlalu geram. (memang kucing-kucing ni tak comel langsung pon!). disebabkan tak tahan dengan kerenah kucing yg semakin melampau-lampau dan dah tak takut dengan sy even when i shoouh them all. (acah-acah dgn penyapu pon die buat bodo jek. "-_-") sy begitu nekad mencari dan membeli pelapik kereta.

and i found one. alhamdulillah.

entah mengapa, ia seperti satu perumpamaan yg membuatkan sy kembali sedar diri bila difikirkan semula.

ibaratkan, kereta ini seperti bumi tempat kediaman kita. dan kucing itu adalah kita. manusia selalu tidak pernah tahu menjaga dan menghargai nikmat pemberian Allah. sudahlah tak tahu menghargai, merosakkan dan membuat kekacauan pula tu. sudahnya, apabila kereta ditutup dengan pelapik, sigficant dengan apabila Allah menarik balik nikmat tersebut, barulah mula nak menyesal-menyesal.

di sini, sy paste satu entry menarik. mudah-mudahan dpt manfaat daripadanya. insy'Allah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri kita dalam mencari ilmu Allah..
Buangkan jauh-jauh sikap syakwasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan...

Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.

Apa buktinya?

Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.
Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.

Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.
Cabarlah diri kita...apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.

Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya...

Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka ‘rasa’ untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa 'bekal' untuk mengenaliNYA.

Dalam diri setiap manusia itu ALLAH 'bekal'kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya...semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya'Allah...

"Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. "
(AI-Hijr:28-29)


Bagaimana menghidupkan ROH?

ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.

Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?

Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu berinteraksi dengan TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL.

[38.29] (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.


Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.

Jadi, Apa penyelesaiannya?

Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, me’rasa’i dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk bermunajat dengan PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..

Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Apabila kita telah benar-benar memahami IMAN maka kita akan dapat lihat banyaknya hikmah di sebalik KALAMULLAH. Kita akan dapat merasai sebenar-benarnya tanda-tanda KEBESARAN ALLAH dimana-manapun kita berada dan apa-apapun yang kita lihat. Tanda-tandanya hanya dapat di’rasa’i oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.


KESIMPULANNYA.

Ceritalah apa jua masalahpun...PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY, MASALAH NEGARA DAN APA JUA MASALAHPUN...apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.

Seterusnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat dan hadith berikut :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).



Dalam sebuah hadits, digambarkan isi kandungan AL QURAN itu yang maksudnya sebagai berikut :

“Ali bin Abu Thalib r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : “Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan)”. Ali bertanya : “Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab : “Kitab Allah (Quran). Di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu, hukum (peraturan) untuk menyelesaikan perselisihan di antara kamu. Quran itu perkataan yang tepat (berisi) bukan senda gurau (omong kosong). Siapa yang meninggalkan ajaran Quran, kerana takut kepada penguasa, nescaya orang itu akan dibinasakan Allah. Siapa yang mencari petunjuk selain dari Quran nescaya akan disesatkan Allah. Quran itu tali (hubungan yang teguh) dari Allah, pengajaran (peringatan) yang penuh hikmah, jalan yang lurus (benar). Kemauan tiada akan sesat apabila mengikutinya, lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya. Ahli ilmu tiada bosan untuk tetap mempelajarinya. Tiada usang kerana dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tiada habis-habisnya. Ketika jin mendengar Quran, sampai mengucap : “Sesungguhnya kami mendengar Quran sangat mengagumkan, memimpin kepada kebenaran, lalu kami mempercayainya”. Siapa yang berkata menurut Quran, dia akan memperoleh pahala. Siapa yang menghukum menurut Quran, dia bersikap adil. Siapa yang memanggil kepada ajaran Quran, sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus”.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Hakim)

Apabila di bacakan AYAT-AYAT QURAN DAN MAKNANYA..

Jauh dalam hati akan terdetik sedikit rasa takut, syak, rimas, gelisah, nak berhenti dan banyak lagi perasaan negatif yang timbul. Perasaan itu adalah berpunca dari hati. Apabila banyak buat dosa maka hati akan mudah disuntik dengan bisikan-bisikan negatif terhadap ALLAH oleh syaitan yang di laknat.

Ada juga ketikanya dalam diri akan berasa tenang, lapang, bahagia dan banyak lagi kebaikan yang dapat dirasakan dalam diri. Perasaan itu timbul kerana ROH itu mendengar, menghayati dan mengakui kebenaran dan keindahan AL QURAN.

Anda perlu ‘membuang’ bisikan negatif dalam hati, kemudian me’rasa’i KEBESARAN dan KEAGONGAN ALLAH dengan ‘roh’ dalam diri anda. Apabila anda mampu melakukan ini maka anda akan merasai ERTI IMAN SEBENARNYA.

"Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. "
(AI-Hijr:28-29)


BerIKHTIARlah sebelum mengharap RAHMAT ALLAH.
ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan diri mereka sendiri yang mengubahnya.
Semoga bertemu keberkatan dan hidayah ALLAH.
Bersangka baiklah kepada ALLAH.
INSYA’ALLAH….


SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

WASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.....